| | Selaras dengan pembangunan holistik yang disarankan oleh kerajaan, maka pembangunan Pasir Gudang ditumpukan pula kepada pembangunan bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti serta pembangunan di sektor pelancongan, sukan dan rekreasi. Sebagai salah satu langkah untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di Selatan Johor, PBT Pasir Gudang telah mengambil langkah bagi mempromosikan pelbagai program dan aktiviti sama ada yang telah atau akan dijalankan bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Pasir Gudang. | |