Tempat - Tempat Menarik Tempat - Tempat Menarik

  Tempat - Tempat Menarik Di Pasir Gudang
  Sarang Buaya Tanjung Langsat
   PENGENALAN    
     
    Sarang Buaya ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Luas keseluruhan Sarang Buaya adalah seluas 8 ekar, ia dibina di dalam kawasan hutan paya bakau berhampiran dengan pelabuhan dan zon bebas cukai Tanjung Langsat . Sebanyak 12 buah kolam khas telah dibina yang akan menempatkan pelbagai saiz Buaya Tembaga dan sebanyak 592 ekor buaya tembaga sahaja akan ditempatkan di sarang buaya untuk dipelihara serta dipamerkan untuk pengunjung di kawasan ini.

Sebanyak 12 buah kolam khas telah di bina yang akan menempatkan sebanyak 592 ekor Buaya Tembaga yang telah diluluskan permit khas pemeliharaan oleh PERHILITAN. Buaya Tembaga yang akan di pelihara adalah terdiri daripada pelbagai saiz dan peringkat umur. Buat masa ini sebanyak 144 ekor buaya telah diperolehi dan ditempatkan di dalam 6 buah kolam buaya di Sarang Buaya Pasir Gudang ini. Berukuran dari 1’6” inci hingga 10 kaki, berumur antara 1.5 tahun hingga 15 tahun.

Buaya Tembaga merupakan haiwan yang diperlindungi sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar & Taman Negara ( PERHILITAN ) akta tahun 1972 akta 76 ( Jabatan PERHILITAN tidak mengeluarkan lesen pemeliharaan dan perniagaan kecuali dengan kelulusan dan kebenaran Menteri Sains Teknologi & Alam Sekitar melalui PERMIT KHAS ). Mereka yang memiliki, menyimpan dan memelihara haiwan ini tanpa PERMIT KHAS ini adalah melanggar undang-undang boleh di kompaun dan dipenjarakan.

“KUNJUNGILAH SARANG BUAYA PASIR GUDANG – SANTUARI BUAYA TEMBAGA PERTAMA DI MALAYSIA, DEKATILAH BUAYA TEMBAGA DI HABITAT SEMULA JADI DAN SELAMILAH KEUNIKAN DUNIA BUAYA DI SARANG BUAYA PASIR GUDANG INI”.

 
         
  MATLAMAT DAN TUJUAN SARANG BUAYA     
     
   

 Tujuan :

1. Menarik pelancong tempatan dan luar negara ke Pasir Gudang khususnya, dan ke negeri Johor amnya.
2. Menambah produk Eko pelancongan di Johor.
3. Sebagai tempat riadah dan rekreasi di Pasir Gudang.
4. Sumber pengetahuan dan maklumat mengenai buaya tembaga khususnya dan lain-lain jenis buaya yang terdapat di dunia.

 
   
  HARI DAN WAKTU MELAWAT 
   

 

HARI MASA
Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Awam 9.00 pagi - 5.00 petang
   
 
HARGA TIKET
 
 

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  

19735 Paparan