Soalan Lazim

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah kosong (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MPPG adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.

Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar(%)

Kadar cukai taksiran yang telah ditetapkan adalah 0.20% hingga 0.85% mengikut jenis harta seperti industri, perdagangan, perumahan, pertanian dan tanah kosong.

Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.

Bil - bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.

Tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran adalah seperti berikut Setengah Tahun Tempoh Pembayaran Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

Para pelanggan bolehlah membuat bayaran di lokasi-lokasi berikut :
i.Kaunter bayaran di Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang
ii.Mana-mana kaunter Bank Islam seluruh Malaysia


 
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
 
Zanil Bin Ali
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 2, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang
Johor
 
No. Telefon : 07 254 7761
5S