Perutusan YDP

Bismillah hirrahmannirrahim


Pertama-tamanya saya ingin merafakkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA saya berpeluang berkhidmat di MPPG. Hampir dua tahun lamanya sumbangan dan khidmat cemerlang diberikan oleh mantan YDP MPPG iaitu Tuan Haji A. Rahim Bin Haji Nin telah berjaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan MPPG ke tahap yang lebih baik. Perubahan corak pentadbiran daripada sebuah PBT yang diurustadbir secara swasta kepada pendekataan kerajaan yang memberikan penekanan terhadap merakyatkan MPPG dengan meningkatkan mutu perkhidmatan.


Saya menerima tanggungjawab tersebut dan berhasrat ingin melihat MPPG terus berkembang maju seiring dengan PBT-PBT lain yang sentiasa mendukung hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mementingkan keselesaan masyarakat.


Pasir Gudang yang kini merupakan pusat pertumbuhan ekonomi penting di negara ini, lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelabuhan dan kawasan perindustrian menuntut kita untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, dan sentiasa berusaha mengurangkan birokrasi dalam setiap urusan. Kita perlu memberikan tumpuan menyeluruh, mempertingkatkan aspek kebersihan, menguruskan sistem perparitan, sampah dan penyelenggaraan jalan raya secara lebih baik selari dengan hasrat membudayakan pendekatan ‘Merakyatkan MPPG’.


Saya akan meneruskan usaha bagi mencapai segala matlamat dan kesinambungan kerja kearah visi dan misi yang telah dirancangkan dengan keutamaan mewujudkan keselesaan masyarakat serta mana-mana keutamaan yang harus diberikan pada masa kini.


Saya juga yakin kecemerlangan dan sikap dedikasi warga kerja MPPG menjadi faktor utama yang mampu menyokong saya didalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Harapan saya juga, ahli-ahli majlis yang dilantik akan terus melaksanakan tanggungjawab bersama-sama kita didalam mempengaruhi jawatankuasa penduduk di zon masing-masing, sekali gus berperanan sebagai jaringan kukuh kedua pihak.


Akhirkata, saya berharap agar semua pihak dapat terus memberikan sokongan dan kerjasama yang berterusan kepada pengurusan MPPG dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

 

Salam Hormat,
(HAJI ON BIN JABBAR @JAAFAR)
Yang DiPertua MPPG

5S