Selaku Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang berperanan dalam membangunkan Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian dan penempatan terpenting di selatan Semenanjung Malaysia. Majlis Perbandaran Pasir Gudang juga bertanggungjawab mempercepatkan dan mengawal pembangunan Pasir Gudang mengikut piawaian yang ditetapkan. Untuk mencapai matlamat ini, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah melaksanakan program-program pembangunan yang lebih terancang melalui pelbagai projek pengindahan bandar dan taman-taman rekreasi, pembinaan dan penyelenggaraan landskap, pengurusan harta yang profesional. Pembangunan seimbang menjadi halatuju Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi memastikan masyarakat Pasir Gudang dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sihat. Permohonan Kelulusan Pelan Susunatur Permohonan hendaklah disertakan dengan enam belas (16) salinan pelan susunatur yang lengkap ditandatangani oleh pemilik dan Jururancang Bandar yang bertauliah. Bayaran wang proses perlu dijelaskan sebelum kebenaran merancang diberi. Permohonan Kelulusan Landskap Pemohon dikehendaki menghantar permohonan ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan dikenakan bayaran proses pelan sebanyak RM150.00. Permohonan disertakan dengan empat (4) salinan pelan landskap termasuk 1 set linen yang lengkap ditandatangani oleh pemilik dan Arkitek Lanskap yang bertauliah. Pelan-pelan hendaklah mengandungi pelan layout landskap, jadual tanaman / spesifikasi tanaman, pelan lokasi dan gambar-gambar pokok berkenaan. Untuk keterangan lanjut sila berurusan di alamat berikut:- Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Pasir Gudang Aras 13, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor Tel : 07-254 7777, 07-251 3720/21/22 Faks : 07-251 5260 E-Mel : mppg@johor.gov.my |