- Rasional Logo Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Logo Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menggambarkan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar moden bersepadu, holistik dan terancang pembangunannya yang dilengkapi dengan pusat pentadbirannya sendiri, kemudahan pelabuhan dan pusat perdagangan. Logo ini juga menggambarkan bahawa Pasir Gudang adalah sebuah bandar perindustrian, pelancongan dan rekreasi yang makmur dan sejahtera. Simbol-simbol yang terdapat pada logo ini melambangkan MPPG adalah organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang yang dijelaskan seperti berikut : |
- Dua ekor Harimau Memegang Perisai
Melambangkan ketegasan MPPG dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan penguatkuasaan undang-undang. |
- Bulan dan bintang
Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi. |
- Perisai
Melambangkan kreadibiliti MPPG sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan. |
- Pokok & Kawasan berwarna Hijiau
Melambangkan kehijauan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar dalam taman dengan keindahan landskapnya. Simbol Bangunan-bangunan di dalam Bulatan Melambangkan pembangunan Pasir Gudang yang terancang, bersepadu dan menyeluruh yang seiring dengan pembangunan holistik yang disarankan oleh kerajaan. |
- Warna emas dan kuning
Melambangkan kesetiaan, kecemerlangan dan budaya kerja korporat anggota pekerja MPPG. |
- Warna merah dan biru tua
Melambangkan warna bendera Negeri Johor yang membawa maksud kawasan MPPG terletak di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim. Simbol IT dan bulatan kuning bergerigi Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Pasir Gudang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil serta berteknologi tinggi yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MPPG . |
- Kawasan perairan & kapal
Melambangkan kedudukan Pasir Gudang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Selatan Semenanjung yang dilengkapi dengan dua buah pelabuhan utama |
- Bunga
Melambangkan bunga rasmi Pasir Gudang iaitu Cempaka Jingga |