Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang terus berusaha untuk memastikan bahawa khidmat kemasyarakatannya dapat disampaikan ke seluruh lapisan masyarakat di dalam kawasan pentadbirannya termasuk masyarakat orang Asli. Terdapat 3 buah perkampungan orang Asli di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang iaitu Kampung Pasir Salam, Kampung Pasir Putih dan juga Kampung Telok Kabung dengan jumlah penduduk ketiga-tiga buah perkampungan tersebut hampir 280 orang. | MAKLUMAT | KG. PASIR SALAM | KG TELOK KABONG | KGPASIR PUTIH | | Bangsa | Melayu - Proto | | Suku Kaum | Seletar | | Nama Batin | Tengah b. Anyantah | Moen b. Terewang | Entel b. Burok | | Umur Batin | 66 Tahun | 50 Tahun | 61 Tahun | | Agama Batin | Islam | Animisme | Islam | | Bilangan KIR | 18 orang | 21 orang | 18 orang | | Jumlah Penduduk | 128 orang | 90 orang | 60 orang | | Jumlah Keseluruhan Penduduk | 278 orang | | Kepercayaan Penduduk | Islam, Animisme dan Kristian | Islam, Animisme dan Kristian | Islam, Anisme dan Kristian. | | Bilangan Kelurga Islam | 10 | 2 | 12 | | Keluasan Kampung | 4 Hecktar | 2 hektar | 1 Hektar | | Status Tanah | Rizab Pantai (Tanah Kerajaan) | | Jarak Dari Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang | 25 km | 15 km | 10 km | | Kemudahan Awam | Balai rawatan, balai raya, jeti, rumah PPRT, tangki air, Surau | Tadika, bekalan air SAJSB, bekalan elektrik TNB | Tabika, bekalan air SAJSB. | | Pekerjaan Penduduk | Nelayan, penternak, buruh am. | Nelayan, peniaga, pembantu restoran. | Nelayan, pembantu restoran, peniaga, pekerja kilang. | Bermula pada tahun 2005, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mula menjalankan program di perkampungan orang Asli Kampung Pasir Salam, Mukim Sungai Tiram. Perkampungan yang terletak kira-kira 25 km daripada Pusat Bandar Pasir Gudang ini didiami kira-kira 18 buah keluarga dengan jumlah penduduk hampir 130 orang. Majoriti daripada penduduk kampung tersebut berkerja sebagai nelayan, penternak ikan dan juga buruh. Aktiviti yang dijalankan adalah meliputi pelbagai program kemasyarakatan yang bertujuan untuk mendekati masyarakat orang Asli dan seterusnya memastikan mereka tidak ketinggalan serta tersisih daripada kepesatan pembangunan. Di antara program yang dijalankan adalah:- |