JABATAN LANDSKAP JABATAN LANDSKAP

PENGENALAN          
             
Jabatan Landskap adalah merupakan bahagian yang bertanggungjawab di dalam perancangan, pengindahan dan penyelenggaraan landskap di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang.    
             
OBJEKTIF          
             
  Memastikan segala pembangunan landskap yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan mengikut piawaian negara;  
     
  Membangunkan kawasan hijau di Pasir Gudang dengan rekabentuk dan pengisian  yang praktikal, berfungsi, selamat dan menarik sebagai sebuah kawasan riadah untuk penduduk di sekitar Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) malah juga pengunjung dari luar kawasan;  
     
  Mengwujudkan jalinan  hijau (green network) yang menghubungkan pusat kediaman, pusat komersial dan kawasan industri di kawasan MPPG dengan mengambilkira ciri-ciri utama bandar selamat;  
     
  Memperkenalkan Pasir Gudang dengan landskap yang menarik selari dengan pengiktirafan destinasi pelancongan wilayah selatan Semenanjung yang mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri.  
             
Jabatan Landskap terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu :-          
             
1.    Bahagian Pembangunan          
   a.    Unit Kawalan Pembangunan dan Sistem          
   b.    Unit Projek dan Pameran          
             
2.    Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran          
             
3.    Bahagian Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Landskap          
   a.    Unit  Penyelenggaraan          
   b.    Unit Tapak Semaian          
   c.    Unit Pengurusan Taman          
             

Halaman: 1  2  3  4  

4176 Paparan