ISO 14001 : 2004
POLISI ALAM SEKITAR
 
     
Majlis Perbandaran Pasir Gudang bertanggungjawab memastikan kawasan pentadbirannya ditadbir dengan mengutamakan aspek-aspek alam sekitar melalui Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang bagi menjadikan Pasir Gudang Bersih, Indah dan Selesa didiami.

Untuk mencapai hasrat tersebut, MPPG akan memastikan perkara berikut :
 
     
Menguruskan alam sekitar dengan berkesan dan dinamik dengan mengawal aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan alam sekitar.  
Melaksanakan program dan aktiviti kesedaran kepada pekilang dan penduduk mengenai aspek-aspek alam sekitar.  
Memberikan komitmen sepenuhnya kepada penambahbaikan berterusan dan pencegahan pencemaran alam sekitar melalui audit dan Kajian Semula Pengurusan.  
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pekerja melalui latihan yang berterusan.  
Menjalinkan kerjasama dengan pekilang dan penduduk Pasir Gudang bagi memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang Bersih, Indah dan Selesa didiami.  
     
   
SKOP PENDAFTARAN  
   

Operasi Pihak Berkuasa Tempatan Merangkumi Pengumpulan dan Pelupusan Sisa Pepejal

 
   
   
SKOP PENDAFTARAN ISO 14001 YANG BARU  
   

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

 

 

 

Jawatankuasa Sistem Pengurusan
 
     
     

Sistem Pengurusan
 
     

 

5S