| TARIKH | TEMPAT | AKTIVITI |
| 18 - 24 Februari 2009 | Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang | FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA PASIR GUDANG Festival yang mula dianjurkan pada tahun 1995 ini menjadi medan perhimpunan pelayang-pelayang dengan mempamerkan pelbagai jenis dan aksi layang-layang dari seluruh dunia. Acara yang dianjurkan pada setiap tahun di Bukit Layang-layang ini diiktiraf sebagai festival utama pelancongan di Malaysia dan Festival Layang-layang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, festival yang memasuki tahun ke 13 penganjurannya itu berjaya menarik penyertaan 185 peserta antarabangsa dari 27 buah negara serta lebih daripada 500 peserta tempatan. |
| | Masjid Jamik Pasir Gudang | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Keunikan dan keharmonian kehidupan masyarakat Hadhari di Pasir Gudang dapat dilihat melalui kerjasama yang diberikan dalam menjayakan setiap acara dan majlis yang dianjurkan di Pasir Gudang. Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pasir Gudang merupakan salah satu contoh usaha bagi menyatukan umat Islam demi menegakkan syiar Islam. |
| 17, 18, & 19 April 2009 | Pasir Layar, Tg Langsat, Pasir Gudang | KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA JOHOR Satu lagi kejohanan tahunan bertaraf kebangsaan di Pasir Gudang yang melibatkan pelayar-pelayar dari seluruh negara. Kejohanan ini diiktiraf sebagai salah satu kejohanan di dalam Kalendar Pelayaran Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bagi menentukan Ranking Kebangsaan Pelayar-pelayar Malaysia pada setiap tahun. Bertempat di Pasir Layar, Tanjung Langsat, kejohanan yang mula dianjurkan pada tahun 2003 oleh Persatuan Pelayaran Johor dengan kerjasama PBT Pasir Gudang dan Tanjung Langsat Port Sdn Bhd ini melibatkan pelbagai kategori perahu layar bermula dari Optimist, Laser, International 420 dan sebagainya selain daripada acara sampingan pertandingan rakit kreatif. |
| | Pasir Layar, Tg Langsat | PERTANDINGAN PANCARAGAM PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR Pertandingan ini mula diadakan pada tahun 2007 bertempat di Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan merupakan acara yang diadakan serentak bersama Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor. Pertandingan ini turut disertai oleh Persatuan Pancaragam Sekolah-sekolah Pasir Gudang iaitu persatuan yang menggabungkan pelajar-pelajar dari tiga buah sekolah menengah di Pasir Gudang (SMK Pasir Gudang 1, 2 dan 3). |
| | Masjid Jamik Pasir Gudang | MAJLIS PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI DI PASIR GUDANG Majlis ini pertama kali dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 PBT Pasir Gudang pada tahun 2007 dengan kerjasama daripada Organisasi Masyarakat Hadhari (OM.Hadhari) Pasir Gudang dan juga Pejabat Agama Daerah Johor Bahru. Walau bagaimanapun, melihat kepada sambutan yang menggalakkan, PBT Pasir Gudang berhasrat untuk menjadikannya sebagai satu lagi acara yang akan dianjurkan secara tetap pada setiap tahun. Tujuan utamanya ialah untuk membantu meringankan beban pasangan yang ingin berumah tangga serta mengurangkan gejala sosial. Pada tahun 2007, seramai 42 pasangan (84 orang) telah menyertai majlis tersebut. Yuran penyertaan bagi majlis tersebut hanya RM500.00 setiap pasangan dan ianya adalah terbuka kepada mana-mana pasangan yang beragama Islam. |
| 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009 | Stadium Perbadanan /Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang | KEJOHANAN BOLA TAMPAR PASIR GUDANG |
| | Tanjong Puteri Golf | KEJOHANAN GOLF AMAL NATOLEO DANA BAKTI PASIR GUDANG Kejohanan ini dianjurkan bagi mengisi tabung Dana Bakti Pasir Gudang iaitu dana yang ditubuhkan bagi mengumpul serta menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan yang kurang bernasib baik di Pasir Gudang. Di antara penerima sumbangan dari Dana Bakti Pasir Gudang ialah Hospital Waqaf An Nur Pasir Gudang, pelajar-pelajar sekolah, mangsa bencana alam, masyarakat orang Asli Pasir Gudang dan sebagainya. |