MENU

13)    Hendaklah meletakkan papan tanda harga yang jelas untuk makanan atau minuman yang dijual.

14)    Perniagaan lain yang tiada berkaitan tidak dibenarkan diletakkan di dalam  premis yang sama.

15)    Semua pekerja hendaklah berpakaian bersih dan kemas atau memakai seragam.

16)    Semua pengendali makan dan pekerja diwajibkan  memakai apron penuh hingga ke paras dada, bersih dan memakai penutup kepala.

17)    Semua pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.

18)    Semua pekerja hendaklah bersifat sopan dan mesra kepada pelanggan.

19)    Tabiat atau sikap berikut hendaklah dielakkan:

         a)    Menghisap rokok

         b)    Menggaru tubuh

         c)    Berludah

         d)    Membuang hingus

         e)    Membuang kahak

         f)    Menyentuh makanan dengan jari

20)    Pekerja tiada tanda infleksi pada tangan, kuku, cirit-birit, dan tidak mempunyai penyakit yang menular.

21)    Semua peralatan yang digunakan untuk menyimpan, menyedia, memasak, menghidang makanan dan minuman hendaklah sentiasa bersih dan dalam keadaan sempurna (tidak sompek, retak, berdaki).

22)    Tempat mempamerkan dan menyimpan makanan yang dijual hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari habuk dan daki sesuai binaan serta reka bentuknya.

23)    Meja yang disediakan hendaklah dari jenis permukaan yang mudah dicuci dan keadaanbersih (tiada bau, tiada kesan daki).

24)    Dilarang menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di atas lantai.

25)    Dilarang meletakkan peralatan perniagaan atau kerusi meja yang menghalang laluan kaki lima, bahu jalan dan lorong jalan.

26)    Makanan hendaklah ditutup, dilindungi semasa penyimpanan, penyediaan, pameran, pengangkutan dan ditempatkan dalam suhu bilik yang sesuai.