MENU

LESEN RESTORAN/KEDAI MAKAN/KANTIN/KAFE

Dokumen tambahan yang diperlukan

1)    Salinan buku suntikan vaksin Ty2 – (Pemilik dan Pekerja)

2)    Salinan Surat Tawaran atau Perjanjian Sewa / Salinan Kontrak Kantin 

3)    Salinan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan 

4)    Gambar pemasangan sisa perangkap makanan dan perangkap lalat di premis

5)    Perakuan Pendaftaran Premis Makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ Pejabat Kesihatan  DaerahJohor Bahru

Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi

1)    Premis perniagaan tidak boleh digunakan untuk kegiatan kurang sihat seperti  maksiat, pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

2)    Lantai kedai hendaklah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam sehari  sebaiknya selepas menamatkan perniagaan.

3)    Ruang kedai hendaklah sentiasa bebas dari kekotoran, daki, habuk dan debu.

4)    Menyapu kapur atau cat semua dinding dan syiling di premis kedai.

5)    Dinding, lantai bilik air dan tandas hendaklah dibersihkan dari tanda-tanda kotor atau cat(stain).

6)    Lantai hendaklah dipasang dengan mozek manakala dinding pula hendaklah dipasang dengan bahan yang kalis air dan senang dicuci.

7)    Pencahayaan minima ialah 215 lux.

8)    Peredaran udara mencukupi dan bebas dari bau dan hendaklah memasang kipas (cerobong asap atau exhaust fan).

9)    Ruang premis mencukupi untuk keselesaan pekerja, tempat penyimpanan dan pemprosesan.

10)    Premis hendaklah dihias dengan rekabentuk yang kemas dan menarik.

11)    Basin cuci tangan beserta sabun, kain lap dan pengering hendaklah disediakan.

12)    Hendaklah menyediakan tempat habuk rokok dan jika premis berhawa dingin, tempat untuk pelanggan menghisap rokok hendaklah berasingan.