MENU

GARIS PANDUAN KHUSUS

Garis panduan khusus ini menjelaskan dengan lebih terperinci syarat-syarat pelesenan dan dokumen yang diperlukan bagi membantu proses permohonan lesen mengikut jenis dan aktiviti perniagaan. 

LESEN PERINDUSTRIAN

Dokumen tambahan yang diperlukan

1)    Salinan pelan lokasi (Jalan ke tempat perusahaan)

2)    Carta aliran pemprosesan kerja dalam kilang

3)    Salinan Emergency Responsible Plan (ERP) 

4)    Surat kontraktor sampah yang dilantik

Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi

1)    Aspek Pelesenan

a)    Pemohon perlu memastikan kesemua dokumen sokongan lengkap bagi memudahkan proses permohonan lesen.

b)    Sekiranya pemohon menjalankan aktiviti barang terkawal (racun,bahan letupan,gula,tepung), pemohon perlu mempunyai Lesen barang terkawal daripada Kementerian Perdagangan Dalam    Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

c)     Bagi tujuan mempromosi premis perniagaan, pemohon perlu mempunyai lesen iklan atau papantanda daripada Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

d)     Memastikan peniaga yang dilantik menjalankan perniagaan dikantin kilang mempunyai lesen kantin yang sah tempoh laku daripada     MPPG.

2)      Aspek Kesihatan

a)    Pemohon hendaklah membuat rekod kawalan serangga supaya sentiasa bebas daripada serangga atau haiwan yang membawa wabak penyakit.

b)    Sentiasa menjaga kebersihan bangunan (Lantai, Dinding, Siling, Stor, Tandas) daripada sebarang kekotoran,habuk     dan debu.

c)     Melantik makmal berdaftar bagi menganalisa air kumbahan setiap  bulan

d)     Pihak perusahaan perlu menjalankan penyelenggaraan atau sedutan tangki septik pada air buangan di kawasan perindustrian mereka.

e)     Sentiasa memastikan persekitaran premis atau perparitan termasuk kantin dalam keadaan bersih dan teratur serta mempunyai perangkap minyak.

3)    Aspek Alam Sekitar

a)    Pemohon perlu merekodkan bahan-bahan yang disimpan serta mempunyai jadual yang teratur dan sentiasa dikemaskini.

b)    Memastikan pengurusan sisa minyak hitam dengan baik dan teratur.

c)     Perusahaan hendaklah bebas daripada pencemaran alam sekitar(bunyi, air, udara, dan bau) yang boleh memudaratkan kesihatan umum.

d)     Cerobong Chimney di kawasan perindustrian mesti berfungsi dengan baik dan diselenggara supaya sentiasa dalam keadaan selamat.

4)    Aspek Keselamatan Industri

a)     Memastikan sistem pepaipan berfungsi dengan baik serta selamat     untuk digunakan.

b)    Pemohon perlu mendapat kebenaran mengguna dan memasang     dari Jabatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) sekiranya premis perindustrian ada menggunakan mesin proses.

c)    Kawasan pemprosesan dan stor hendaklah dalam keadaan teratur dan bahan-bahan seperti bahan mentah, bahan bahaya serta hasil kilang hendaklah diasingkan mengikut jenis masing-masing.

d)    Wajib melabelkan dan merekod kesemua bahan bahaya yang     digunakan atau yang tidak digunapakai.

e)     Pelabelan perlu mengikut ukuran yang dibenarkan daripada JKKP dan melabel mengikut jenis bahan.

f)     Memastikan semua pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan dan     mempunyai rekod kesihatan yang teratur dan dikemaskini.

g)     Pelan tindakan kecemasan mesti mudah difahami dan latihan kebakaran perlu dilaksanakan supaya sebarang kemungkinan akan datang dapat diatasi dengan baik.