MENU

LESEN PAPAN IKLAN LUAR

Dokumen tambahan yang diperlukan

 

  1. Pelan struktur yang disahkan oleh Jurutera Perundingan Berdaftar (Jika Berkaitan)
  1. Salinan Polisi Insuran Tanggung Awam (Public Liability) – Setelah permit dikeluarkan (Jika Berkaitan)
  1. Cadangan lokasi pemasangan papan iklan luar dan pelan lakar (artword) visual billboard.
  1. Salinan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) – dikeluarkan oleh Pejabat Tanah sekiranya tanah milik Kerajaan Negeri.
  1. Kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya bagi penggunaan tanah milik persekutuan.
  1. Salinan perjanjian dengan tuan tanah (bagi tanah persendirian) (Jika Berkaitan)
  1. Kelulusan Lesen Bangunan Sementara (LBS) membina kerangka Billboard daripada Jabatan Bangunan MPPG.

Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi

  1. Pihak syarikat hendaklah menyelenggara papan tanda iklan dan visual papan iklan apabila didapati usang atau lusuh.
  1. Sebarang perubahan atau pertukaran visual yang akan dipaparkan hendaklah mendapat kelulusan daripada MPPG terlebih dahulu. Perkataan yang dipaparkan hendaklah dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya atau menunjukkan keutamaan dalam penggunaan Bahasa Malaysia serta mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka terlebih dahulu.
  1. Visual yang mengiklankan minuman keras, rokok dan berbentuk lucah tidak dibenarkan sama sekali dipamerkan.
  1. Pemasangan papan iklan tersebut hanya dibenarkan dipasang di lokasi sepertimana yang diluluskan sahaja.
  1. Tidak menghalang pandangan pengguna jalanraya dan papantanda sediaada.
  1. Sebelum tamat tempoh sesuatu lesen papan tanda iklan, pihak syarikat adalah diperlukan untuk memohon perlanjutan atau pembaharuan lesen berkenaan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  1. Pembaharuan lesen iklan tahunan hendaklah disertakan laporan dan perakuan struktur keselamatan papan iklan oleh jurutera bertauliah serta salinan Polisi Insuran Tanggung Awam (Public Liability) yang masih sah.

 

Sumber Rujukan : Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar (GP021)