MENU

LESEN PREMIS PERNIAGAAN

 

GARIS PANDUAN UMUM

Garis panduan umum ini merupakan rujukan untuk permohonan lesen yang menerangkan syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi bagi tujuan permohonan lesen baru, dan dokumen sokongan pelesenan yang diperlukan daripada agensi berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM PELESENAN

1)       Syarat Permohonan

 

Pemohon perlu memajukan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut aktiviti perniagaan.

2)       Kadar Bayaran Lesen

a)     Kadar bayaran lesen ditentukan berdasarkan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.

b) Pemegang lesen akan dikenakan bayaran RM 50.00 bagi tujuan pertukaran nama pemegang lesen, nama  syarikat dan jenis perniagaan.

3)       Mempamerkan Lesen

Lesen hendaklah dipamerkan di premis berkenaan pada setiap masa.

4)       Kebersihan

Pelesen adalah bertanggungjawab menjaga premis ini dan kawasan persekitarannya supaya sentiasa bersih pada setiap masa.

5)       Pencahayaan

Pelesen hendaklah memastikan premis mempunyai ruang cahaya yang anti udara yang mencukupi dan dipasang dengan lampu-lampu yang terang.

6)       Keselamatan / Halangan

a)     Pelesen hendaklah memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi pada setiap masa.

b)     Menyediakan alat pemadam api serta kotak ‘First Aid’yang mencukupi dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

c)     Semua laluan / lorong, pintu keluar masuk dan tangga hendaklah bebas sebarang halangan.

1)       Papan Kenyataan

a)     Masa perniagaan juga hendaklah dicatatkan untuk makluman.

b)     Papan kenyataan “TIDAK DIBENARKAN BERLUDAH” dan “JAGA KEBERSIHAN” dan  “DILARANG MEROKOK” hendaklah dipamerkan yang mudah dilihat.

2)       Binatang Peliharaan

Apa-apa binatang peliharaan seperti anjing, kucing, ayam, burung dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk atau tinggal dalam premis.

3)        Papan Iklan Premis

Garis panduan pemasangan papan iklan di premis hendaklah merujuk kepada Lesen Iklan (Papan Iklan Premis).