MENU

Masjid Jamek Pasir Gudang

Masjid yang mula digunakan pada tahun 1989 ini menjadi sejarah apabila beberapa kali memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid. Kombinasi senibina Islam dan lanskap buatan manusia menjadi mercu tanda di tengah-tengah kepesatan pembangunan Pasir Gudang. Ianya juga dijadikan sebagai lokasi bagi penganjuran beberapa aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul serta Majlis Perkahwinan Beramai-ramai di Pasir Gudang.

 

 

Chalet Terapung Selat Mendana

Siapa sangka rumah rakit bagi ternakan ikan sangkar yang hampir dijual gara-gara tidak dijaga dengan baik kini ber­ubah wajah menjadi sebuah calet terapung.

Terletak di Selat Mendana, Calet Terapung Kong Kong yang terletak tidak jauh dari pesisiran Kampung Sungai Latoh, Masai di sini kini menjadi produk terbaharu ekopelancongan di kawasan berkenaan.

 

Sambil bermalam di calet, pengunjung boleh menyaksikan ke­indahan dan kehi­dupan penduduk di be­berapa kampung tradisional, antaranya Kampung Teluk Sengat, Kampung Johor Lama dan Kampung Rinting, selain Kampung Sungai Latoh.

Chalet Terapung Selat Mendana
PTD 4872 Jalan Utama
Kong Kong, 81750 Masai, Johor
No Tel : 012-7065615 (Puan Latifah ) / 013-4806300 (En Herry /Que)