MENU
Logo MPPG 2018

SIMBOL-SIMBOL YANG TERTERA DALAM JATA MENJELASKAN MENGENAI CIRI-CIRI UTAMA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG)

  • Rasional Logo Majlis Perbandaran Pasir Gudang

          Simbol-simbol yang terdapat pada logo ini melambangkan MPPG adalah organisasi yang                          bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang                    bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang yang dijelaskan seperti            berikut :

  • Mahkota

          Melambangkan kedaulatan pemerintahan sistem DiRaja yang merujuk kepada Duli Yang Maha                  Mulia Sultan (DYMM) Johor.

  • Dua ekor harimau memegang perisai
    Melambangkan ketegasan MPPG dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan penguatkuasaan undang-undang.
  • Bulan Bintang
    Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi.
  • Perisai
    Melambangkan kredibiliti MPPG sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Pokok dan kawasan hijau
    Melambangkan kehijauan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar dalam taman dengan keindahan landskapnya. 
  • Simbol bangunan dalam bulatan
    Melambangkan pembangunan Pasir Gudang yang terancang, bersepadu dan menyeluruh yang seiring dengan pembangunan holistik yang disarankan oleh kerajaan.
  • Simbol IT dan bulatan kuning bergerigi
    Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Pasir Gudang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil serta berteknologi tinggi yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MPPG.
  • Kawasan Perairan dan Kapal
    Melambangkan kedudukan Pasir Gudang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa di selatan semenanjung yang dilengkapi dengan dua buah pelabuhan utama.  
  • Bunga

         Melambangkan bunga rasmi Pasir Gudang iaitu Cempaka Jingga.

  • Pangsa

          Pangsa yang berada di bawah perisai berwarna kuning adalah melambangkan tanaman lada hitam           dan gambir iaitu hasil tanaman utama bagi kawasan Pasir Gudang suatu ketika dahulu.

  • Cogan Kata

          Cogan kata yang terdapat di bawah perisai adalah Gemilang, Lestari, Sejahtera iaitu Moto MPPG                dalam tulisan jawi.

  • Warna emas dan kuning

​         Melambangkan kesetiaan, kecemerlangan dan budaya kerja korporat anggota kerja MPPG.

  • Warna merah dan biru tua

          Melambangkan warna bendera Negeri Johor yang membawa maksud kawasan MPPG terletak                    dalam Negeri Johor Darul Takzim.