MENU
 
logo mppg
 
 
YBHG. ENCIK ZAINOR BIN ADANI
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
 
 
 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

 

Salam perkenalan juga dari saya selaku Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan bermula 1hb Julai 2018 saya menggalas tanggungjawab besar bagi meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran ini dalam memberikan nilai perkhidmatan terbaik di setiap aspek kepada semua pemegang taruh (stakeholder) dan para pelanggan yang dihormati. Ditunjangi oleh struktur organisasi yang kukuh, sumber kewangan yang kukuh dan perancangan mencakupi pelbagai sektor, MPPG terus cakna dalam membangun Pasir Gudang menjadi kawasan perindustrian tersohor dan berdaya saing serta komuniti lestari.

 

Penggunaan teknologi mudah alih serta jaringan internet sebagai wadah penyelesaian urusan harian serta mendapatkan informasi semakin digemari, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masakini. Menelusuri realiti kaedah dan trend semasa, MPPG komited untuk menyediakan laman web yang mesra pengguna dengan kemudahan perkhidmatan atas talian yang cekap dan berkesan bagi memenuhi tuntutan semasa serta merakyatkan perkhidmatan awam.

 

MPPG terus menjenamakan perkhidmatann menerusi pelbagai inovasi untuk membantu orang awam menyelesaikan urusan mereka termasuk diluar waktu pejabat dengan kemudahan atas talian seperti system e-Khidmat, SISPAA bagi aduan awam, e-Kontrak bagi pembelian sebutharga dan tender, OSC Online dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, perkhidmatan tujuh (7) hari seminggu di UTC Pasir Gudang  ternyata memberikan kesan signifikan kepada nilai tambah perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

 

Kami seluruh warga kerja MPPG tidak terlalu leka dalam arus perubahan senario politik Negara dan perubahan pentadbiran kerajaan kini, justeru akan terus komited dalam memacu pembangunan demi kesejahteraan dan kelestarian Pasir Gudang, berteraskan 7 Strategi Utama dalam Pelan Strategik 2015-2020 MPPG, Pasir Gudang Milik Kita.

 

Sekian Terima Kasih.

 

‘GEMILANG, LESTARI, SEJAHTERA’

 

 

ZAINOR BIN ADANI

Yang Dipertua